Program Konsultasi PMR, Salam Jama'e, telah dijayakan pada 25 Jun 2009 bertempat di Anjung Wawasan SMK Jeram.Program ini telah dimulai dengan ucapan Tuan Pengetua Pn. Suryati Nasriah bt Khalid disusuli dengan sesi ceramah yang disampaikan  oleh Tn.Hj.Mohd  Sayuti b Idris, Pen.Kanan HEM, SMKA Wataniah  Machang  Kelantan. Seterusnya penyampaian hadiah, bacaan ikrar pelajar dan perbengkelan. Objektif diadakan program ini  antaranya ialah  memberi kesedaran kepada ibubapa tentang  pentingnya  peningkatan prestasi  akademik, meminta kerjasama ibubapa dalam  memantau perkembangan akademik anak-anak dan  memberi pendedahan,  pengetahuan dan pengalaman kepada  ibubapa dalam membentuk kepribadian,  disiplin dan tingkahlaku mulia anak-anak.  Program ini berjalan dengan lancar dan berakhir  pada jam 5.30 petang.                                 
Pages
▼
29 June 2009
Konsultasi PMR

24 June 2009
Tahniah!
Sekalung tahniah buat Pn. Arenawati bt Namat yang telah mengungguli Tilawah Al-Quran anjuran JPN Kelantan. Gelaran juara yang telah diraih oleh beliau membawa beliau mewakili negeri Kelantan bertanding diperingkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Sabah pada 29 Jun 2009. Doa kejayaan dari kami semua warga SMK Jeram.
13 June 2009
AC Camp 2009
Perkhemahan tahunan badan beruniform atau lebih dikenali dengan AC Camp telah diadakan  dari 28 Mei hingga 30 Mei 2009 bertempat di Kem Jeram Mengaji, Selising Pasir Puteh yang disertai oleh semua badan beruniform SMK Jeram iaitu KRS, Pengakap, Kadet Polis, Kadet Bomba, PBSM, Pandu/Ranjer Puteri dan Puteri Islam. Perkhemahan ini berjaya dilaksanakan tanpa tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Sebanyak aktiviti telah dirancang sepanjang perkhemahan ini namun ada beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan disebabkan hujan lebat bermula malam hari kedua hingga pagi hari ketiga. Aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan seperti Malam Kebudayaan, menggagal ikan dan membuat perangkap burung. Dibawah ini disertakan tayangan slide untuk tatapan semua terutama warga SMK Jeram. Saksikan.
Bengkel EduwebTV
Bertempat di makmal komputer ( Bestari Learning Center ) SMK Jeram,  bengkel  pengenalan  kepada Eduweb TV  telah dilaksanakan pada                                   23 Mei 2009 .  Sepanjang perjalanan bengkel ini, guru-guru SMK Jeram telah dibimbing  oleh  Tn Hj Zainuddin  cara menggunakan aplikasi ini dengan dimulai daftar masuk. Seminggu sebelum bengkel ini berjalan, guru-guru yang belum memiliki akaun email, telah pun membuka akaun email masing-masing.
02 June 2009
Hari Guru
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2009 dengan  sambutan secara sederhana tetapi meriah. Majlis dimulakan dengan membaca perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran.