Pages
▼
29 August 2009
22 August 2009
Solat Hajat H1N1
13 Ogos 2009- Penularan wabak virus selsema babi yang merunsingkan sejak akhir-akhir ini memaksa pelbagai pihak mengadakan bermacam cara untuk mengelak daripada dijangkiti H1N1. Salah satu cara bagi orang-orang islam ialah dengan solat hajat meminta perlindungan dari Allah s.w.t. yang menurunkan penyakit dan yang menyembuhkan penyakit. Pihak sekolah SMK Jeram telah mengambil inisiatif dengan mengadakan solat hajat dan bacaan yasin yang melibat semua warga sekolah. Mudah-mudahan semua warga SMK Jeram dan ahli keluarganya terlindung daripada dijangkiti. Setakat ini belum ada kes yang melibatkan warga SMK Jeram. Syukur alhamdulillah.
Majlis Penyampaian Wang KWAPM
Pada 11 Ogos 2009 bertempat di Anjung Gemilang SMK Jeram satu majlis Penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ) telah disempurnakan oleh En Ridwan b Stapa Pegawai Penyelaras Pembangunan UMNO Dun Gaal.Majlis bermula jam 2.00 ptg dan tamat pada 4.45 ptg.Upacara bermula dengan bacaan doa diikuti ucapan Pengetua dan Perasmian, seterusnya penyampaian buku akaun. Turut hadir ialah En. Sharir b Mohamad Pegawai PPD.
Sambutan Bulan Kecergasan dan Gotong- Royong Perdana
4 Ogos 2009,  SMK Jeram  telah  mengadakan  aktiviti  senamrobik  dan gotong-royong  sempena  Sambutan Bulan Kecergasan. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan pelajar.










