17 May 2009

Budaya bersongkok

SMK Jeram telah mencatat satu sejarah apabila berjaya membudayakan pelajarnya bersongkok ke sekolah. Pelaksanaan ini telah dikuatkuasakan pada pertengahan bulan April yang lalu dan dipantau oleh guru disiplin En. Shaharom b Ab. Rashid. Kepada semua pelajar diucapkan syabas dan tahniah kerana berjaya menyahut seruan pihak pentadbir tanpa ragu-ragu.

Pengetua bersama dengan pelajar.

Guru bersama dengan pelajar sedang menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Pelajar sedang menikmati juadah di kantin sekolah.

13 May 2009

Peperiksaan...selamat berjuang

Jadual peperiksaan telah pun diedar, soalan dah lama siap untuk ditanda, segala macam petua telah dicurah maka hari esok masa yang ditunggu-tunggu oleh anak keturunan tok janggut untuk berjuang! tapi atas kertas aje. Selamat menjawab peperiksaan, pastikan semua kelengkapan disediakan dan jawab betul-betul..

12 May 2009

Kenali SMK Jeram

ASAL USUL NAMA SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram (SMKJ) dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Jeram diambil sempena nama kampung di mana sekolah itu mula dibuka. Ini bertepatan dengan hasrat penduduk kampung Jeram yang memperjuangkan agar sebuah sekolah menengah didirikan untuk kemudahan anak-anak tempatan Jeram mendapatkan pendidikan di peringkat memengah. Sebelum ini, anak-anak tempatan Jeram terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Kamil, Sekolah Menengah Tok Janggut dan Sekolah Menengah Gaal.

SEBAB-SEBAB NAMA ITU DIPILIH

Nama Sekolah Menengah Rendah Jeram dipilih kerana sekolah ini merupakan inspirasi penduduk kampung Jeram dalam usaha untuk memajukan pendidikan anak-anak tempatan. Nama Jeram dipilih kerana sekolah ini pada asalnya terletak di Kampung Jeram.

Nama Sekolah Menengah Rendah Jeram (SMRJ) mula digunakan pada 1Januari 1978. Sekolah ini pada peringkat awalnya terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Jeram. Selepas itu ia terus berkembang dan ditukar nama menjadi Sekolah Menengah Jeram (SMJ) dan mulai tahun 1997, SMJ dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram (SMKJ)

LUAS KAWASAN

Sekolah Menegah Kebangsaan Jeram (SMKJ) dibina di atas tapak seluas 15 ekar di Kampung Telipot, Pasir Puteh, Kelantan. Kedudukannya yang strategik di tepi jalan raya Pasir Puteh-Machang memudahkan para pelajar untuk berulang alik ke sekolah.

BANGUNAN ASAL

SMKJ memulakan sesi persekolahannya pada 1 Januari 1978 dengan menumpang di sekolah Rendah Kebangsaan Jeram (SRKJ) pada sesi petang. Pada tahun 1984 pelajar-pelajar tingkatan 3 terpaksa menumpang di sekolah Arab Jeram kerana kekurangan bilik darjah di SRKJ.

BANGUNAN TAMBAHAN

Berkat usaha pemimpin-pemimpin tempatan, akhirnya SMKJ berjaya memperolehi bangunan sendiri di kampung Banggol Telipot iaitu bersebelahan dengan kampung Jeram. Bangunan ini telah siap dibina dan mula beroperasi pada awal 1985. Pada mulanya SMKJ mempunyai 3 blok bangunan iaitu Blok A, Blok B dan Blok C serta sebuah kantin. Blok A terdiri daripada bilik guru, pejabat, bilik pengetua, bilik penolong kanan, bilik gerakan, bilik APD, bilik cetak, bilik komputer, bilik kaunseling, bilik buku teks, tandas guru, tandas pelajar dan bilik-bilik darjah.

Blok B memuatkan perpustakaan, makmal sains, bilik masakan, bilik jahitan serta bilik-bilik darjah. Bilik perpustakaan telah diubahsuai menjadi bilik matapelajaran vokasional iaitu Rekaan dan Jahitan Pakaian (RJP) mulai sesi 2003.Manakala Blok C menempatkan bilik kemahiran hidup kerja kayu, elektronik dan logam.

Pada Tahun 1990 bangunan tambahan baru blok D telah siap dibina untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah akibat penambahan pelajar. Bangunan ini terdiri daripada 4 bilik darjah. Pada tahun 1992, blok E iaitu bangunan ko-kurikulum dan stor sukan telah siap dibina dan digunakan. Sebuah teniat sukan (astaka) juga telah siap dibina pada tahun 1994 bagi menggiatkan lagi aktiviti serta meningkatkan kecemerlangan ko-kurikulum.

Bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah dan bilik bilik khas, beberapa bangunan lagi telah dibina termasuklah;

Blok bangunan kilat memuatkan dua buah makmal sains, bilik pendidikan seni dan sebuah bilik darjah. Bilik pendidikan seni dan sebuah bilik darjah telah diubahsuai untuk bilik matapelajaran vokasional iaitu Seni Reka Tanda (SRT) mulai sesi 2003.

Satu blok bangunan kekal mula beroperasi pada Jun 2000.Selain daripada bilik-bilik darjah,Blok ini juga memuatkan sebuah bilik sakit, bilik buku teks serta dewan serbaguna terbuka di aras bawah.

SEKOLAH SALURAN

Pengambilan pelajar ke sekolah ini didasarkan kepada pelajar dari empat buah sekolah.Sekolah-sekolah berkenaan ialah:

1. Sekolah Kebangsaan Jeram

2. Sekolah Kebangsaan Telosan

3. Sekolah Kebangsaan Gong Garu

4. Sekolah Kebangsaan Kampung Raja.

07 May 2009

Proses Menambahbaikkan

Kami dalam proses mencantikkan lagi blog ini, jadi blog ini akan mengalami beberapa berubahan dari semasa ke semasa. Teruskan bersama-sama dengan kami.

01 May 2009

Selamat datang

Selamat datang ke laman blog SMK Jeram yang baru dilancarkan dalam bulan Mei 2009 oleh Pn. Suryati Nasriah bt Khalid, Pengetua SMK Jeram, Pasir Puteh Kelantan. Kami amat mengalu-alukan kunjungan anda dan berikan respon yang membina untuk memperbaiki laman kami.Warga SMK Jeram sekalian, kami dari Unit ICT amat berbangga dengan sokongan dan kerjasama dari anda sekalian. Teruskan meneroka laman kami dan anda akan dihidangankan dengan aktiviti-aktiviti semasa kami dan maklumat yang bermanfaat pada masa akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...