30 August 2010

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-53

Seluruh Warga SMK Jeram Mengucapkan..
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Majlis Penutupan Program Ihya Ramadhan 2010

Majlis penutup Penghayatan Bulan Ramadhan berjaya dilaksanakan dengan ucapan penutup oleh Tuan Pengetua, Pn Suryati Nasriah. Program dimulakan dengan khatam al quran secara beramai-ramai dan diikuti penyampai hadiah kepada pelajar khatam al Quran dan penyampaian bantuan hari raya kepada pelajar miskin.

Iftar Ramadhan SMKJ 2010M/1431H

MAJLIS IFTAR RAMADHAN SMK JERAM 2010M/1431H Telah diadakan pada 18 Ogos 2010 yang lalu dengan kehadiran warga SMK Jeram dan PIBG SMKJ. Program berjalan dengan lancar

12 August 2010

Marhaban Ramadhan Kareem

Ya Allah.. bantulah kami untuk (terus) berzikir kepada-MU, dan (sentiasa) bersyukur kepada-MU, dan memperbaiki (kualiti) ibadah kami kepada-MU Amin..
Selamat Berpuasa Daripada Seluruh Warga SMK Jeram

Kursus Pengurusan Briged Bestari

KURSUS PENGURUSAN BRIGED BESTARI DALAM PEMBESTARIAN SEKOLAH DAN PENDIDIKAN 2010
Tarikh: 9 Ogos 2010 hingga 10 Ogos 2010
Masa: 8.00 pagi hingga 11 malam
Tempat: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN) Kelantan

Wakil SMK Jeram:
1. En Abdul Halim b Abdullah (Guru Pengiring)
2. Saudara Isma Syakiran 4 Elit (Peserta)


11 August 2010

Ceramah Anti Dadah

Pada 8 Ogos 2010 (Ahad), suatu ceramah berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah telah diadakan di Anjung Gemilang SMK Jeram. Penceramah jemputan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pasir Puteh telah berjaya menarik perhatian para pelajar terlibat iaitu pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.

05 August 2010

Program Sehari Pelajar Bersama GC dan JU Geografi

PROGRAM SEHARI PELAJAR BERSAMA GURU CEMERLANG DAN JURULATIH UTAMA GEOGRAFI SPM 2010
PPD PASIR PUTEH DAN PPD MACHANG
Anjuran: Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Dirasmikan Oleh: YBrs. Pegawai Unit Sains Sosial JPN Kelantan
Tarikh: 4 Ogos 2010 ( Rabu )
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: SMK Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
Tempat Perkengkelan:
1.Perpustakaan (Kumpulan Cemerlang)
2.Bilik APD (Kumpulan Sederhana)
3.Kelas 5 Elit (Kumpulan Potensi)
4.Bilik Gerakan (Guru-guru Pengiring)

03 August 2010

Solat Hajat Perdana Kedua 2010

Bertempat di Dataran Ilmu SMK Jeram, Solat Hajat Perdana Kedua telah diadakan pada 29 Julai 2010 (Khamis). Bermula seawal jam 7.30 pagi, semua guru, pelajar dan staf SMKJ mula bersedia untuk majlis ini yang diadakan sempena Peperiksaan Percubaan PMR yang bakal berlangsung pada 1 Ogos 2010.

01 August 2010

Gemerlap Kecemerlangan SMKJ

SMK Jeram telah banyak mengukir kejayaan sama ada dalam pertandingan atau pencapaian dalam peperiksaan awam. Ia merupakan suatu kebanggaan bagi seluruh warga SMK Jeram. Tahniah diucapkan..

SMKJ Juara Anugerah Bengkel Perdana (Pasir Puteh)

Pada 21 Julai 2010, Bengkel Kemahiran Hidup dan Bengkel Rekaan dan Jahitan Pakaian telah diadili untuk Pencalonan Anugerah Bengkel Perdana Peringkat Daerah Pasir Puteh dan telah berjaya menjadi Johan. Pelbagai transformasi telah dilakukan bagi menepati 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal untuk terus bersaing ke peringkat Negeri Kelantan.
Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Bengkel Rekaan dan Jahitan Pakaian TAHNIAH! SMKJ MENDEPANI KECEMERLANGAN JAUHARI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...