Pages
▼
29 October 2011
17 October 2011
16 October 2011
Terima Kasih Panel Juri
Pertandingan Kantin Bersih Peringkat Kebangsaan
04 October 2011
IZIN ILMU PMR
Majlis Solat Hajat Perdana dan Restu Ilmu PMR 2011 berlangsung pada 2 Oktober 2011.Kehadiran ibubapa dapat menambahkan lagi motivasi para pelajar. Solat hajat ini dibimbing oleh Imam Tua Masjid Ibrahimi Pasir Puteh. Selepas solat hajat pelajar PMR diberikan amanat terakhir oleh pihak sekolah seterusnya guru dan pelajar bersalam-salaman.
SELAMAT MENDUDUKI PMR
18 September 2011
Ragam Aidilfiri Smkj
14 September 2011
Pada 13 Sept 2011 ( Semalam ), juri pertandingan Kantin Sekolah Bersih telah menunaikan tanggungjawab mereka menilai, menyemak dan memantau kantin Smk Jeram. Semuanya berjalan dengan lancar. Para juri disajikan dengan persembahan powerpoint yang disampaikan oleh Guru Kanan Bahasa, En. Wan Saari b Wan Mahmood sebelum berangkat ke kantin untuk membuat penjurian.
Para juri diketuai oleh Pn Nik Nurain bt Nik Hanafi dari Jabatan Kesihatan Kelantan, diikuti En. Mohd Hanafi b Hj Khurmin dan Tn Hj. Ishak b Ismail dari Jabatan Pelajaran Kelantan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kepada semua pengguna kantin, manfaatkan perubahan ini dan kekal keceriaan dan kebersihan Kafeteria Aula Jauhari.
06 September 2011
Mari Belajar Matematik | Pelan dan Dongakan : Part 1
27 August 2011
Salam Raya
25 August 2011
Majlis Penutup Ihya' Ramadhan
Sepanjang bulan Ramadhan Unit Bina Insan Smk Jeram telah melaksanakan beberapa program seperti Tadarus al Quran, Kuiz Ramadhan dan Celik al-Quran. Pada hari ini pihak sekolah mengadakan Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan dan Program Celik al-Quran.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, khatam al-Quran dan ucapan penutup oleh pengetua Smkj. Majlis diakhiri dengan pembahagian sumbangan kepada pelajar yatim dan miskin, guru dan pelajar yang terlibat dengan program Celik al-Quran dan pemenang kuiz. Sebelum bersurai guru dan pelajar bersalam-salaman hari raya.
