Pages
▼
05 August 2012
SELAMAT MENGHADAPI TRIAL PMR
KEPADA CALON-CALON PMR 2012, SELAMAT MENGHADAPI PERCUBAAN PMR, BUAT YANG TERBAIK UNTUK DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN SEKOLAH.BUKTIKAN DAN TUNJUKKAN KEMAMPUAN ANDA KEPADA SEMUA ORANG.
01 August 2012
AC Camp 2012
Perkhemahan Unit Beruniform ( AC Camp ) Smk Jeram telah selamat dijalankan dengan jayanya. Perkhemahan diadakan di Kem Sri Kluang, Besut Trengganu bermula 14 Jun hingga 16 Jun 2012. Sebanyak 25 aktiviti berjaya dilaksanakan oleh peserta kem dan yang paling bermakna kali ini ialah pertandingan kawad kaki yang turut disertai oleh Kor Kadet Polis Daerah Besut yang turut mempamirkan kehebatan kawat kaki mereka.
Pada perkhemahan kali ini pasukan Pengakap telah dinobatkan Johan keselurunan perkhemahan manakala pasukan Kadet Polis mengungguli pertandingan kawad kaki. Tahniah kepada semua peserta perkhemahan kerana berjaya menyempurnakan perkhemahan edisi yang ke-16 kali ini. Kepada pemenang setiap aktiviti tahniah diucapkan dan yang tidak berjaya jangan berputus asa, cuba lagi pada tahun hadapan.
Solat Hajat Percubaan PMR
Hari ini guru - guru bersama dengan murid-murid PMR melaksanakan Solat Dhuha dan Solat Hajat memohon pada Allah swt agar dipermudahkan segala urusan dan kejayaan dalam hidup.