22 July 2012

Senamrobik Serentak

Pada 8 Julai 2012, Smk Jeram telah menyahut seruan kerajaan bagi mengadakan acara senamrobik serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Guru, staf dan semua murid telah melibatkan diri untuk menjayakan program ini.

Jadual Waktu Bulan Ramadhan 2012

Tingkatan 1 - 3
1 7.40 - 8.15
2 8.15 - 8.50
3 8.50 - 9.25
4 9.25 - 10.00
5 10.00 - 10.20 ( REHAT )
6 10.20 - 10.55
7 10.55 - 11.30
8 11.30 - 12.05
9 12.05 - 12.40
10 12.40 - 1.15
Tingkatan 4 - 5
1 7.40 - 8.15
2 8.15 - 8.50
3 8.50 - 9.25
4 9.25 - 10.00
5 10.00 - 10.35
6 10.35 - 10.55 ( REHAT )
7 10.55 - 11.30
8 11.30 - 12.05
9 12.05 - 12.40
10 12.40 - 1.15

16 July 2012

Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi

Pada 8 Julai 2012 Pengetua Pn. Hjh. Suryati Nasriah bt Khalid bersama dengan En. Wan Abdullah b Wan Daud PK Kokurikulum telah menghadiri Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi Sekolah - sekolah Kelantan yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBHG Tan Sri Abd. Ghafar b Mahmud. Majlis diadakan di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.

16 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah selamat dijalankan pada hari ini 16 Mei 2012. Aturcara bermula dengan Sembahyang Hajat, bacaan Yasin dan ucapan perutusan dari KPM. Aturcara seterusnya ialah aktiviti persembahan nasyid, deklamasi sajak dan dikir barat yang dipertandingkan.

25 April 2012

Smk Jeram telah dinobatkan JOHAN peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Kantin dan Dewan Makan Sekolah Menengah Bersih 2011. Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Pengetua Cemerlang Smk Jeram Pn. Hjh. Suryati Nasriah bt Khalid bersama dengan Pengusaha Kantin telah menerima hadiah dari Datuk Seri pada 23 April 2012. Tahniah kepada semua warga SMK JERAM di atas penganugerahan tertinggi ini.

04 March 2012

Pelantikkan Pengawas

Pelantikkan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber dan Ketua dan Penolong Tingkatan telah diadakan pada 19 Feb 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...