29 June 2009

Konsultasi PMR

Program Konsultasi PMR, Salam Jama'e, telah dijayakan pada 25 Jun 2009 bertempat di Anjung Wawasan SMK Jeram.Program ini telah dimulai dengan ucapan Tuan Pengetua Pn. Suryati Nasriah bt Khalid disusuli dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Tn.Hj.Mohd Sayuti b Idris, Pen.Kanan HEM, SMKA Wataniah Machang Kelantan. Seterusnya penyampaian hadiah, bacaan ikrar pelajar dan perbengkelan. Objektif diadakan program ini antaranya ialah memberi kesedaran kepada ibubapa tentang pentingnya peningkatan prestasi akademik, meminta kerjasama ibubapa dalam memantau perkembangan akademik anak-anak dan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada ibubapa dalam membentuk kepribadian, disiplin dan tingkahlaku mulia anak-anak. Program ini berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 5.30 petang.

24 June 2009

Tahniah!

Sekalung tahniah buat Pn. Arenawati bt Namat yang telah mengungguli Tilawah Al-Quran anjuran JPN Kelantan. Gelaran juara yang telah diraih oleh beliau membawa beliau mewakili negeri Kelantan bertanding diperingkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Sabah pada 29 Jun 2009. Doa kejayaan dari kami semua warga SMK Jeram.

13 June 2009

AC Camp 2009

Perkhemahan tahunan badan beruniform atau lebih dikenali dengan AC Camp telah diadakan dari 28 Mei hingga 30 Mei 2009 bertempat di Kem Jeram Mengaji, Selising Pasir Puteh yang disertai oleh semua badan beruniform SMK Jeram iaitu KRS, Pengakap, Kadet Polis, Kadet Bomba, PBSM, Pandu/Ranjer Puteri dan Puteri Islam. Perkhemahan ini berjaya dilaksanakan tanpa tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Sebanyak aktiviti telah dirancang sepanjang perkhemahan ini namun ada beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan disebabkan hujan lebat bermula malam hari kedua hingga pagi hari ketiga. Aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan seperti Malam Kebudayaan, menggagal ikan dan membuat perangkap burung. Dibawah ini disertakan tayangan slide untuk tatapan semua terutama warga SMK Jeram. Saksikan.

Bengkel EduwebTV

Bertempat di makmal komputer ( Bestari Learning Center ) SMK Jeram, bengkel pengenalan kepada Eduweb TV telah dilaksanakan pada 23 Mei 2009 . Sepanjang perjalanan bengkel ini, guru-guru SMK Jeram telah dibimbing oleh Tn Hj Zainuddin cara menggunakan aplikasi ini dengan dimulai daftar masuk. Seminggu sebelum bengkel ini berjalan, guru-guru yang belum memiliki akaun email, telah pun membuka akaun email masing-masing.

02 June 2009

Hari Guru

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2009 dengan sambutan secara sederhana tetapi meriah. Majlis dimulakan dengan membaca perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...