16 October 2011

Terima Kasih Panel Juri

Selesai sudah panel juri Pertandingan Anugerah Kantin Bersih Peringkat Kebangsaan membuat penilaian. Inilah yang dapat kami sajikan kepada anda semua, kami harap layanan yang diberikan memuaskan hati anda semua.

Pertandingan Kantin Bersih Peringkat Kebangsaan

Hari ini sekolah SMK Jeram akan dikunjungi oleh para juri penilaian Pertandingan Kantin Bersih Peringkat Kebangsaan. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran tetamu istimewa pada hari ini. Kami menghargai penilaian yang bakal diberikan.

04 October 2011

IZIN ILMU PMR

Majlis Solat Hajat Perdana dan Restu Ilmu PMR 2011 berlangsung pada 2 Oktober 2011.Kehadiran ibubapa dapat menambahkan lagi motivasi para pelajar. Solat hajat ini dibimbing oleh Imam Tua Masjid Ibrahimi Pasir Puteh. Selepas solat hajat pelajar PMR diberikan amanat terakhir oleh pihak sekolah seterusnya guru dan pelajar bersalam-salaman.

SELAMAT MENDUDUKI PMR

Hari ini adalah hari pertama pelajar tingkatan 3 menduduki PMR.Ini adalah sebahagian wajah-wajah pelajar Tingkatan 3 yang pihak sekolah harapkan dapat membawa kejayaan cemerlang dan dapat mengharumkan nama sekolah. Buktikan kepada pihak sekolah wahai pelajar-pelajar PMR. SELAMAT BERJAYA .

18 September 2011

Ragam Aidilfiri Smkj

Keceriaan menyambut aidilfitri di peringkat Smkj, terpancar diwajah setiap warganya. Pakaiaan yang berwarna-warni menambahkan lagi keceriaan dipagi hari raya . Saksikan beberapa keping foto yang sempat diupload.

14 September 2011

Pada 13 Sept 2011 ( Semalam ), juri pertandingan Kantin Sekolah Bersih telah menunaikan tanggungjawab mereka menilai, menyemak dan memantau kantin Smk Jeram. Semuanya berjalan dengan lancar. Para juri disajikan dengan persembahan powerpoint yang disampaikan oleh Guru Kanan Bahasa, En. Wan Saari b Wan Mahmood sebelum berangkat ke kantin untuk membuat penjurian. Para juri diketuai oleh Pn Nik Nurain bt Nik Hanafi dari Jabatan Kesihatan Kelantan, diikuti En. Mohd Hanafi b Hj Khurmin dan Tn Hj. Ishak b Ismail dari Jabatan Pelajaran Kelantan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kepada semua pengguna kantin, manfaatkan perubahan ini dan kekal keceriaan dan kebersihan Kafeteria Aula Jauhari.

06 September 2011

Mari Belajar Matematik | Pelan dan Dongakan : Part 2

Video 2 Video 3 Video 4 Video 5 Video 6

Mari Belajar Matematik | Pelan dan Dongakan : Part 1

Kepada para pelajar yang akan menduduki SPM pada tahun ini, mari kita mengisi masa lapang dengan belajar Matematik. Tajuk pada kali ini ialah Pelan dan Dongakan. Semoga video ini dapat menambahkan lagi kefahaman anda untuk menguasai tajuk ini. Tontonlah video yang disediakan ini.

27 August 2011

Salam Raya

Guru dan pelajar bersalam-salaman pada hari akhir sebelum cuti pertengahan penggal kedua...mana duit raya ni?

25 August 2011

Majlis Penutup Ihya' Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan Unit Bina Insan Smk Jeram telah melaksanakan beberapa program seperti Tadarus al Quran, Kuiz Ramadhan dan Celik al-Quran. Pada hari ini pihak sekolah mengadakan Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan dan Program Celik al-Quran. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, khatam al-Quran dan ucapan penutup oleh pengetua Smkj. Majlis diakhiri dengan pembahagian sumbangan kepada pelajar yatim dan miskin, guru dan pelajar yang terlibat dengan program Celik al-Quran dan pemenang kuiz. Sebelum bersurai guru dan pelajar bersalam-salaman hari raya.

23 August 2011

Kantin Akan Bertukar Wajah

Walaupun sedang berpuasa, para guru dengan kerjasama pelajar dan kakitangan sekolah yang lain, tetap gigih mengubah wajah kantin sekolah agar lebih segar dan ceria. Kantin Aula Jauhari nama baru yang diberikan. Kantin Smk Jeram dicalonkan oleh PPD Pasir Puteh untuk menyertai pertandingan Kantin Sekolah Bersih Peringkat Negeri Kelantan. Dengan kerjasama semua warga Smk Jeram, insyaallah kita akan berjaya. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...