28 July 2009

Kem Bestari Solat

Buat julung kalinya, Badan Insan SMK Jeram telah berjaya menganjurkan Program Kem Bestari Solat yang diadakan di masjid SMKJ. Sasaran program ini ialah pelajar lelaki tingkatan tiga dan lima.

27 July 2009

Pesta Buah-buah

Sempena musim buah-buahan sekarang ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif mengadakan pesta buah-buahan hasil sumbangan warga SMK Jeram. Semua warga SMK Jeram sama-sama dapat merasai buah-buahan yang disumbangkan bersama.

Ceramah Israk Mikraj

( Gambar sebahagian guru dan pelajar yang mengikuti ceramah Israk Mikraj )
Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 23 Julai 2009 bersamaan 1 Syakban 1430H bertempat di Anjung Wawasan. Pengisian kepada program ini ialah Tazkirah Khas yang disampaikan oleh Ust. Mat Ghani b Hamat dan disusuli dengan Ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ust Wan Abdul Halim b Wan Musa. Ceramah Israk Mikraj kali ini menfokuskan kepada soal solat yang diterima oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sewaktu Israk Mikraj. Semua guru dan pelajar telah mengikuti ceramah ini dan banyak input yang diterima dan keinsafan dan ketakwaan yang diharapkan.

23 July 2009

Kursus LDP - Pengurusan Aset Kerajaan

Guru - guru dan kakitangan sokongan sekolah telah menyertai kursus LDP baru-baru ini dengan tajuk Pengurusan Aset Kerajaan. Kursus ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Rohani bt Mansor. Peserta kursus telah didedahkan dengan kaedah pengurusan aset kerajaan dan cara pelabelan aset yang terkini. Kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...