25 April 2012

Smk Jeram telah dinobatkan JOHAN peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Kantin dan Dewan Makan Sekolah Menengah Bersih 2011. Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Pengetua Cemerlang Smk Jeram Pn. Hjh. Suryati Nasriah bt Khalid bersama dengan Pengusaha Kantin telah menerima hadiah dari Datuk Seri pada 23 April 2012. Tahniah kepada semua warga SMK JERAM di atas penganugerahan tertinggi ini.

04 March 2012

Pelantikkan Pengawas

Pelantikkan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber dan Ketua dan Penolong Tingkatan telah diadakan pada 19 Feb 2012.

Lawatan Penanda Aras Kantin Bersih

Lawatan dari SMK Kubang Bemban
Lawatan dari SMK Kamil
Lawatan dari sekolah-sekolah PPD Tanah Merah
Lawatan dari SMK Dato' Ismail
Lawatan dari SMK Long Gafar
Untuk melihat foto yang lain, sila kunjungi blog Kafeteria Aula Jauhari

Merentas Desa

Kejohan Merentas Desa telah selamat dijalankan pada 11 Feb 2012 yang lalu.Pasukan dari Rumah Mustari telah menjuarai Kejohanan Merentas Desa kali ini. Pasukan yang gagal, jangan berputus asa, buat perancangan untuk tahun hadapan. Tahniah pasukan yang berjaya.

01 February 2012

Anugerah PMR Terbaik Kelantan

Satu lagi kejayaan yang dikecapi oleh warga Smk Jeram, iaitu Anugerah Pencapaian Terbaik PMR 2011 bagi kategori sekolah menengah harian. Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengarah JPN Kelantan pada 19 Jan 2012 bertempat di BTPN Kelantan. Tahniah kepada semua yang terlibat. Gerak kerja yang ikhlas ada keberkatannya.

23 January 2012

Apakah Moral Cerita Ini

Dalam kehidupan kita, jangan banyak menyusahkan orang lain sebaliknya cuba mempermudahkan segala urusan bila berurusan dengan orang disekeliling kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...