28 October 2009

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Ucapan pengerusi majlis Bacaan doa oleh Ust Mat Ghani Sama-sama menyanyikan lagu tema "BAHASA JIWA BANGSA" Ucapan Pengetua Taklimat aktiviti disampaikan oleh Guru Kanan Bidang Bahasa Persembahan Syair disampaikan oleh Pn Azama Deklamasi Sajak oleh adik Afifah
Majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat SMK Jeram telah dilancarkan pada 25 Okt 2009 bertempat di Dataran Ilmu

25 October 2009

Keseluruhan konsep logo menggambarkan peranan rakyat pelbagai bangsa di dalam negara bagi membentuk perpaduan di dalam konsep satu Malaysia “BBK” menjadikan tunggak kecemerlangan negara berasaskan pembangunan yang berteraskan bahasa sebagai wadah. HURUF “B” Huruf “B” yang direka secara grafik dan dinamik sekilas pandang berbentuk “B” bererti “Bulan” dan “Bahasa Kebangsaan” di hujung pena menjadi tunjang pada huruf “B”. Ia sinonim dengan DBP sebagai sumber ilmu dan juga dataran untuk menyampaikan dan memacukan visi dan misi DBP yang merupakan matlamat bahasa dan sastera yang akan direalisasikan oleh “B”. BENTUK DUNIA BERPUSING DAN BENDERA MALAYSIA “Bendera Malaysia” secara grafik terdiri daripada pelbagai warna membentuk dunia berpusing tanpa had menggambarkan arah tuju untuk mencapai matlamat masa depan “B” yang cemerlang. Dunia berpusing menjadi latar belakang logo melambangkan tema perpaduan serta menitikberatkan cinta bahasa dan negara. Ia juga menunjukkan semua kaum yang sentiasa dipupuk dan dipastikan perpaduan, keharmonian kaum terpelihara untuk menjamin masa depan yang lebih gemilang. Ia memberi penyatuan kepada tiga bangsa utama di Malaysia, hidup penuh muafakat, bekerjasama demi memajukan negara. Lingkaran tiga jalur merah putih pada bendera Malaysia merupakan kegiatan-kegiatan “BBK” yang meliputi pelbagai bidang ilmu dan bahasa. DAUN RESAM DBP Daun resam DBP yang terdapat pada logo korporat menterjemahkan bahasa menjadi bumbung logo. Ia juga sumber dalam memperkembangkan bahasa dalam era globalisasi terpusat di atas logo ini sebagai nadi utama “BBK”. PENA DARI HURUF “B” Pena yang terletak di penghujung huruf “B” menggambarkan matlamat yang dituju dalam “BBK”. Di samping itu ia juga mencerminkan kegiatan bahasa dan sastera. WARNA MERAH DAN PUTIH Merah dan putih menggambarkan semangat rakyat Malaysia untuk mencapai kegemilangan dan juga menjadi simbol wawasan satu Malaysia yang suci dan ikhlas. KUNING Kuning mengekalkan sistem raja berpelembagaan dan menjunjung luhur kedaulatan Negara serta menjadi simbol kegiatan “BBK” ke arah kegemilangan. BIRU Biru bermaksud kestabilan, bersatu hati dan hidup sejahtera untuk mencapai matlamat “BBK” bersama pelbagai kaum dalam negara. HIJAU Hijau melambangkan keterampilan dan kegiatan berwibawa dalam mengembangkan bahasa yang sentiasa subur ke persada dunia.

21 October 2009

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Mesyuarat AJK Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan telah menetapkan; Tarikh Pelancaran : 25 Okt 2009 Tempat : Dataran Ilmu SMK Jeram Masa : 7.40 pagi Disempurnakan oleh : Pn.Suryati Nasriah bt Khalid ( Pengetua SMK Jeram ) Atur cara Majlis Pelancaran 7.30 am : Perhimpunan di Dataran Ilmu ( semua warga SMK Jeram ) 7.40 am : Nyanyian lagu-lagu: - Negaraku - Selamat Sultan - Jeram Jaya Maju - Bahasa Jiwa Bangsa : Bacaan Doa : Deklamasi Sajak : Dendangan Syair : Taklimat Program : Ucapan dan Perasmian : Gimik Pelancaran : Bersurai

Pot Luck Raya

Kata orang tua-tua, muafakat membawa berkat. Kata-kata ini, sangat tepat dan sesuai sekali di mana di atas kata nama sepakat dan hubungan silaturrahim yang sangat erat maka sesuatu aktiviti / program dapat dilaksanakan walaupun dirancang secara "adhoc". Guru-guru dan staf SMK Jeram telah mengeluarkan duit poket masing-masing untuk melaksanakan jamuan sempena akhir bulan Syawal yang saya namakan POT LUCK RAYA.Jamuan telah dibuat pada 20 Okt 2009 di bilik guru dari jam 10 pagi. Kehadiran semua guru dan staf memeriah dan menggamatkan lagi suasana. Hayati gambar di bawah ini.

12 October 2009

Restu Ilmu PMR

Setelah penat lelah mengajar dan belajar,pelbagai aktiviti dan program diikuti, akhirnya sampailah kekemuncaknya iaitu guru-guru mengizinkan ilmu yang dicurahkannya kepada anak-anak didik semoga ada keberkatan ke atas ilmu yang diajar. Program ini telah diadakan pada 6 Oktober 2009 di Anjung Wawasan.

Sembahyang Hajat PMR

Pada 5 Oktober 2009, PIBG bersama dengan pihak sekolah telah mengadakan program bacaan yasin dan solat hajat di masjid SMKJ untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan mengambil peperiksaan PMR bermula 7 Oktober 2009. Program bermula dengan solat Maghrib berjamaah diikuti dengan bacaan Yasin kemudian solat Insyak berjamaah dan solat hajat.Program diakhiri dengan jamuan nasi belauk. Mudah-mudahan tercapai hajat ibubapa, pihak sekolah dan pelajar itu sendiri.Amin

11 October 2009

Hari Raya RIMUP

Tanggal 1 Oktober 2009, SMK Jeram telah mengadakan program Hari Raya Aidilfitri dengan kerjasama PIBG. Program ini melibatkan semua pelajar, guru, kakitangan sekolah serta PIBG. Program ini bermula dengan tazkirah Aidilfitri yang disampaikan oleh Ustazah Norleha, diikuti dengan ucapan Penolong Kanan Pentadbiran. Dalam masa yang sama, gotong-royong memotong daging dan memasak gulai kawah rancak dijalankan oleh PIBG dan dibantu oleh guru. Pengerusi PIBG En.Jusoh b Awang Mat berkata,"tanda kesyukuran di atas pencapaian sekolah pada 2008 dan rezeki yang diperolehi. Selain untuk mengeratkan lagi hubungan antara guru dan masyarakat setempat".Beliau turut menyumbangkan seekor kerbau selain peruntukan dari RIMUP dan Kelab Guru dan Kakitangan PIBG ." Permuafakatan unggul ibubapa dan pihak sekolah dan komuniti setempat. Program ini merupakan medan yang sesuai untuk menzahirkan sokongan dan kerjasama sekolah dan komuniti untuk kecemerlangan organisasi" ucapan Pengetua SMK Jeram. Pihak sekolah turut menjemput mantan Pengetua, agensi kerajaan sekitar, guru-guru besar sekolah saluran dan masyarakat sekitar. Program ini diakhiri dengan berhari raya di rumah terbuka kelas-kelas dan jamuan nasi gulai kawah yang menggunakan khidmat tukang gulai kawah yang tersohor yang pernah menjadi johan masakan Gulai Kawah Hari Keputeraan peringkat Negeri Kelantan.

04 October 2009

HARAPAN WARGA SEKOLAH

Tinggal 2 hari saja lagi para pelajar PMR akan mengharungi Peperiksaan Menengah Rendah. Kami semua warga SMK Jeram mengharapkan sesuatu yang luar biasa daripada anda semua.Isilah masa yang ada ini, dengan mengulangkaji, membuat latihan dan sebagainya agar pencapaian yang luar biasa bisa ditonjolkan nanti. Semoga anda semua berjaya. " SELAMAT MENDUDUKI PMR ". Amin

Doa

01 October 2009

Penutup Tadarus al-Quran

Sepanjang bulan Ramadhan ini, jawatankuasa Badan Insan telah berjaya menganjurkan program tadarus al-Quran dan pada hari ini, majlis khatam al-Quran telah diadakan di masjid SMK Jeram dengan dihadiri pelajar yang terlibat dan Tuan Pengetua turut serta.
Pemberian sumbangan kepada pelajar yang berjaya khatam al-Quran

Sumbangan Hari Raya

Agihan wang zakat dan sedekah kepada para pelajar yang berkelayakan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Pn. Suryati Nasriah bt Khalid baru-baru ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...