skip to main |
skip to sidebar
Hari Raya RIMUP
Tanggal 1 Oktober 2009, SMK Jeram telah mengadakan program Hari Raya Aidilfitri dengan kerjasama PIBG. Program ini melibatkan semua pelajar, guru, kakitangan sekolah serta PIBG.
Program ini bermula dengan tazkirah Aidilfitri yang disampaikan oleh Ustazah Norleha, diikuti dengan ucapan Penolong Kanan Pentadbiran. Dalam masa yang sama, gotong-royong memotong daging dan memasak gulai kawah rancak dijalankan oleh PIBG dan dibantu oleh guru.
Pengerusi PIBG En.Jusoh b Awang Mat berkata,"tanda kesyukuran di atas pencapaian sekolah pada 2008 dan rezeki yang diperolehi. Selain untuk mengeratkan lagi hubungan antara guru dan masyarakat setempat".Beliau turut menyumbangkan seekor kerbau selain peruntukan dari RIMUP dan Kelab Guru dan Kakitangan PIBG ." Permuafakatan unggul ibubapa dan pihak sekolah dan komuniti setempat. Program ini merupakan medan yang sesuai untuk menzahirkan sokongan dan kerjasama sekolah dan komuniti untuk kecemerlangan organisasi" ucapan Pengetua SMK Jeram.
Pihak sekolah turut menjemput mantan Pengetua, agensi kerajaan sekitar, guru-guru besar sekolah saluran dan masyarakat sekitar.
Program ini diakhiri dengan berhari raya di rumah terbuka kelas-kelas dan jamuan nasi gulai kawah yang menggunakan khidmat tukang gulai kawah yang tersohor yang pernah menjadi johan masakan Gulai Kawah Hari Keputeraan peringkat Negeri Kelantan.
0 ulasan:
Post a Comment