01 August 2012

AC Camp 2012

Perkhemahan Unit Beruniform ( AC Camp ) Smk Jeram telah selamat dijalankan dengan jayanya. Perkhemahan diadakan di Kem Sri Kluang, Besut Trengganu bermula 14 Jun hingga 16 Jun 2012. Sebanyak 25 aktiviti berjaya dilaksanakan oleh peserta kem dan yang paling bermakna kali ini ialah pertandingan kawad kaki yang turut disertai oleh Kor Kadet Polis Daerah Besut yang turut mempamirkan kehebatan kawat kaki mereka. Pada perkhemahan kali ini pasukan Pengakap telah dinobatkan Johan keselurunan perkhemahan manakala pasukan Kadet Polis mengungguli pertandingan kawad kaki. Tahniah kepada semua peserta perkhemahan kerana berjaya menyempurnakan perkhemahan edisi yang ke-16 kali ini. Kepada pemenang setiap aktiviti tahniah diucapkan dan yang tidak berjaya jangan berputus asa, cuba lagi pada tahun hadapan.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...